Asas Statistik Penyelidikan (Malay Edition)

4.14 avg rating
( 7 ratings by Goodreads )
 
9789675771378: Asas Statistik Penyelidikan (Malay Edition)

Siri buku Kaedah dan Statistik Penyelidikan ini sesuai digunakan oleh mereka yang terlibat secara terus dengan penyelidikan. Kandungannya yang meliputi semua aspek penyelidikan, sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan reka bentuk dan statistik penyelidikan untuk peringkat pengajian ijazah asas dan ijazah lanjutan. Buku ini juga boleh digunakan oleh para penyelidik sebagai bahan rujukan semasa melaksana dan menulis laporan penyelidikan.

Melalui siri buku ini, penerangan bagi penggunaan alat analisis data kuantitatif (program SPSS) dan kualitatif (seperti program NVIVO dan ATLAS.ti) dilakukan secara langkah demi langkah untuk membantu pembaca menganalisis data secara sistematik serta memahami logik di sampingnya.

Buku ini memuatkan 12 bab yang membincangkan Statistik Deskriptif, Statistik Inferensi Dan Ujian Signifikan, Analisis Data Untuk Penyelidikan Kualiatatif, Persediaan Data Untuk Program SPSS, Statistik Kebolehpercayaan Instrumen Kajian, Ujian Khi Kuasa Dua, Ujian T, Ujian ANOVA, Ujian Korelasi, Regresi Pelbagai, Analisis Bagi Item Pelbagai Jawapan dan Melaporkan Hasil Analisis Data Kuantitatif Berdasarkan Format APA. Penggunaan bahasa yang ringkas dan penulisan yang mudah difahami menjadikan buku ini pilihan wajar untuk membantu pembaca menghayati serta melaksanakan penyelidikan dengan lebih yakin.

"synopsis" may belong to another edition of this title.

About the Author:

Dr. Yan Piaw Chua is currently lecturing in at Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. he obtained his B.Sc. in Chemistry, M.Sc. in Pedagogy and PhD from Universiti Putra Malaysia. he has been a facilitator for courses on Action Research, Research Proposal and Report Writing, Quantitative Methods in Research, Introductory SPSS, Research Methodology for Education.

Review:

Buku ini disediakan dalam bentuk yang sistematik, mudah difahami dan sesuai untuk mahasiswa universiti awam dan swasta yang mengambil kursus yang berkaitan dengan metodologi penyelidikan dan statistik. Cara penulisan buku ini adalah bersifat mesra pembaca dan sangat mudah diikuti bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti penyelidikan. Bagi mahasiswa universiti, buku ini dapat memberi garis panduan yang mudah dan sistematik bagaimana penggunaan statistik di dalam proses analisis data. Kaedah statistik yang digunakan diberi penjelasan dan ditunjukkan cara bagaimana untuk menggunakannya berdasarkan perisian komputer SPSS. Organisasi tajuk-tajuk adalah secara sistematik dan bersesuaian iaitu di atur dari tajuk yang bermula dengan pengenalan, persediaan data, analisis data skala ordinal dan nominal dan bagaimana membuat pelaporan kajian. Susun atur ini mudah diikuti oleh mereka yang baru berkecimpung dengan penyelidikan. --Dr Rusli B. Ahmad (Timbalan Dekan, Fakulti Sains & Kognitif, UNIMAS)

Keseluruhan organisasi buku ini sesuai dengan pelajar ijazah asas, ijazah lanjutan dan para penyelidik yang terlibat dengan analisis data penyelidikan. Tiga kekuatan utama buku ini adalah, 1) Analisis statistik untuk skala ordinal, 2) Ilustrasi cara menggunakan SPSS termasuk pengisian data dan transformasi data, dan 3) Penulisan dapatan kajian mengikut format APA. --Dr Halimah Awang (Pensyarah Universiti Malaya)

Penulisan yang agak teliti, terutamanya soal-selidik skala Likert dan stail pelaporan APA. Buku ini sesuai bagi mereka yang menggunakan soal-selidik berstail skala Likert. --Profesor Madya Dr Hong Kian Sam (Pensyarah UNIMAS)

"About this title" may belong to another edition of this title.

(No Available Copies)

Search Books:



Create a Want

If you know the book but cannot find it on AbeBooks, we can automatically search for it on your behalf as new inventory is added. If it is added to AbeBooks by one of our member booksellers, we will notify you!

Create a Want