Asas Statistik Penyelidikan (Buku 3)

4.38 avg rating
( 8 ratings by Goodreads )
 
9789833850327: Asas Statistik Penyelidikan (Buku 3)
View all copies of this ISBN edition:
 
 

Buku Asas Statistik Penyelidikan - Analisis Data Skala Ordinal dan Skala Nominal ini merupakan buku yang ke-3 dalam siri buku Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku ini sesuai digunakan oleh mereka yang terlibat secara terus dengan penyelidikan. Kandungannya yang meliputi semua aspek penyelidikan, sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan reka bentuk dan statistik penyelidikan untuk peringkat pengajian ijazah asas dan ijazah lanjutan. Ia mengandungi sebelas bab yang berkaitan dengan skala pengukuran dan ujian statistik, persediaan data dan transformasi data kajian untuk program SPSS, dan analisis skala ordinal seperti ujian Mann-Whitney U, ujian Wilcoxon T, ujian Kruskal-Wallis H, ujian Friedman, dan ujian korelasi Spearman. Selain itu, analisis data skala nominal iaitu analisis data dalam jadual kontingensi dan ujian korelasi Cramer V juga dimuatkan dalam buku ini. Di akhir buku ini, cara melaporkan hasil analisis data mengikut format APA juga dibentangkan. Buku ini juga boleh digunakan oleh para penyelidik sebagai bahan rujukan semasa melaksana dan menulis laporan penyelidikan. Gabungan asas penyelidikan, kaedah dan teknik statistik yang diterangkan secara sistematik dalam buku ini bukan sahaja memberi pengenalan kepada cara melaksanakan penyelidikan tetapi juga membantu pembaca memahami seluruh proses penyelidikan dengan mudah. Penerangan pengiraan statistik dan analisis data menggunakan program SPSS secara langkah demi langkah membantu pembaca melaksanakan analisis data secara sistematik serta memahami logik di sampingnya. Selain itu, penerangan konsep penyelidikan dengan menggunakan contoh kajian yang sesuai, terutamanya reka bentuk, pengukuran dan analisis data dilakukan dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca pelbagai peringkat. Penghuraian konsep dilakukan secara mendalam dengan menggunakan contoh kajian dalam konteks tempatan dapat membantu pembaca menghayati setiap peringkat penyelidikan dengan lebih yakin. Latihan di akhir setiap bab dapat mengukuhkan kefahaman pembaca. Secara ringkas, buku ini ditulis untuk membantu pembaca memahami, menghayati serta melaksanakan penyelidikan dengan yakin.

"synopsis" may belong to another edition of this title.

About the Author:

Dr. Chua Yan Piaw memperoleh Ijazah Bacelor Sains dengan Kepujian (Kimia), Master Sains (Pedagogi) dan Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme, Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.Kertas kerja penyelidikannya telah dibentang di seminar peringkat antarabangsa seperti The International Seminar of Learning and Motivation (2002 dan 2004), The International Learning Conference 2002 (Beijing) dan The International Learning Conference 2003 (London). Selain daripada menghasilkan buku ilmiah yang bertajuk Creative and Critical Thinking Styles (Terbitan Universiti Putra Malaysia Press), Dr Chua Yan Piaw juga pernah menulis buku dalam beberapa bidang lain, termasuk bidang Kimia, Sains dan Pendidikan Seni Visual.

Review:

Buku ini disediakan dalam bentuk yang sistematik, mudah difahami dan sesuai untuk mahasiswa universiti awam dan swasta yang mengambil kursus yang berkaitan dengan metodologi penyelidikan dan statistik. Cara penulisan buku ini adalah bersifat mesra pembaca dan sangat mudah diikuti bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti penyelidikan. Bagi mahasiswa universiti, buku ini dapat memberi garis panduan yang mudah dan sistematik bagaimana penggunaan statistik di dalam proses analisis data. Kaedah statistik yang digunakan diberi penjelasan dan ditunjukkan cara bagaimana untuk menggunakannya berdasarkan perisian komputer SPSS. Organisasi tajuk-tajuk adalah secara sistematik dan bersesuaian iaitu di atur dari tajuk yang bermula dengan pengenalan, persediaan data, analisis data skala ordinal dan nominal dan bagaimana membuat pelaporan kajian. Susun atur ini mudah diikuti oleh mereka yang baru berkecimpung dengan penyelidikan. --Dr Rusli B. Ahmad (Timbalan Dekan, Fakulti Sains & Kognitif, UNIMAS)

Keseluruhan organisasi buku ini sesuai dengan pelajar ijazah asas, ijazah lanjutan dan para penyelidik yang terlibat dengan analisis data penyelidikan. Tiga kekuatan utama buku ini adalah, 1) Analisis statistik untuk skala ordinal, 2) Ilustrasi cara menggunakan SPSS termasuk pengisian data dan transformasi data, dan 3) Penulisan dapatan kajian mengikut format APA. --Dr Halimah Awang (Pensyarah Universiti Malaya)

Penulisan yang agak teliti, terutamanya soal-selidik skala Likert dan stail pelaporan APA. Buku ini sesuai bagi mereka yang menggunakan soal-selidik berstail skala Likert. --Profesor Madya Dr Hong Kian Sam (Pensyarah UNIMAS)

"About this title" may belong to another edition of this title.

(No Available Copies)

Search Books:



Create a Want

If you know the book but cannot find it on AbeBooks, we can automatically search for it on your behalf as new inventory is added. If it is added to AbeBooks by one of our member booksellers, we will notify you!

Create a Want

Other Popular Editions of the Same Title

9789833219483: Asas Statistik Penyelidikan Buku 2 (Malay Edition)

Featured Edition

ISBN 10:  9833219489 ISBN 13:  9789833219483
Publisher: McGraw-Hill Malaysia, 2005
Softcover

9789675771378: Asas Statistik Penyelidikan (Malay Edition)

McGraw..., 2012
Softcover